IMPAK PENGGUNAAN BAHAN KIMIA DALAM PEMPROSESAN MAKANAN
Teknologi pemprosesan makanan ialah satu teknologi yang tidak asing lagi di Malaysia. Pemprosesan makanan membolehkan makanan yang diproses tahan lebih lama , lebih enak , menarik dan mudah dicerna .
Penggunaan bahan kimia telah digunakan dalam pemprosesan makanan . Banyak bahan kimia yang digunakan dalam makanan yang kita ambil setiap hari seperti bahan pewarna , bahan pengawet dan bahan perasa. Penggunaan bahan kimia dalam makanan dalam makanan yang diproses menjadi semakin penting , walau bagaimanapun , penggunaan bahan kimia secara berlebihan dalam pemprosesan makanan terhadap manusia dan haiwan peliharaan memberikan implikasi terhadap kesihatan manusia .
KESAN SAMPINGAN PENGGUNAAN BAHAN KIMIA
1. Penggunaan bahan kimia secara berlebihan oleh pengeluar makanan boleh mandatangkan pelabagai penyakit misalnya asid benzolik yang digunakan sebagai pengawet dalam sos cili dan jus buah-buahan secara berlebihan boleh mengakibatkan gangguan saraf . Penggunaan pewarna yang berlebihan boleh mengakibatkan penyakit kanser , kencing manis, gastrik dan lain-lain lagi.
2. Makanan yang mengandungi perasa dan pewarna yang berlebihan boleh menyebabkan sakit perut , muntah - muntah dan cirit birit . Kes keracunan yang teruk boleh menyebabkan kematian .
3. Kandungan kafein dan alkohol dalam makanan boleh menyebabkan penggemar makanan berkenaan ketagih .Penggunaan yang berterusan boleh menyebabkan ulser.
4. Kandungan aluminium, plumbum, dan makanan ringan boleh menyebabkan tumbesaran terjejas dari segi mental dan fizikal .
5. Bahan Tartazin (E102) yang digunakan dalam memproses makanan boleh menyebabkan alahan seperti gatal kulit yang serius sehingga mengakibatkan pembengkakan pada sesetengah tisu lembut ( kelopak mata , bibir , lidah , tangan )
6. Pengawet = menyebabkan a.kanser
b.mengganggu sistem pencernaan manusia
c. alergi,ruam dan kegatalan kulit
d. kecacatan fetus di dalam kandungan ibu
e. merosakkan hati dan ginjal
7. Pewarna = menyebabkan a.kanser
b.kemandulan
c. keracunan makanan
d. merosakkan hati dan ginjal
8. Peluntur = menyebabkan a. kanser
b.keracunan makanan
9. Perisa = menyebabkan a. kanser
b. tekanan darah tinggi
c. sakit jantung
d. kerencatan otak pada kanak-kanak
e. merosakkan hati dan ginjal
10. Pemanis = menyebabkan a. kanser
b. diabetes melitus
c. alergi , ruam dan kegatalan kulit
d. obesiti
e. merosakkan hati dan ginjal
11. Antioksidan = menyebabkan a. merencatkan pertumbuhan badan
b. merosakkan hati dan ginjal
c. ruam dan kegatalan kulit
Penggunaan bahan kimia dalam makanan menjadi pemangkin kepada industri makanan dan pemprosesan makanan . Namun tanpa pemantauan dan penguatkuasaan dari pihak berkuasa akan mewujudkan suasana yang tidak sihat akibat penggunaan yang tidak mengikut peraturan .
DISEDIAKAN OLEH : SITI AFIQAH BT MOHD HANIF
HARGAILAH DIRI ANDA
😃😃😃😃😃😃😃😃😃😃😃😃😃😃😃😃😃😃😃😃😃😃😃😃😃😃😃😃😃😃😃😃😃😃😃😃😃😃😃😃😃
ALHAMMDULLAH ADE GAK BAHAN NK WAT ASSIGMENT
BalasPadam